BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

February 26, 2010

Xde keje,cari keje II






Ada lagi edit pics...

Dabai Bumi Kenyalang


SEORANG penduduk tempatan, Mohd, Yusof Ibrahim menunjukkan rupa buah dabai.


NEGARA kita sememangnya kaya dengan buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, tembikai dan betik serta buah-buahan import seperti strawberi, anggur dan epal.

Di sebalik rasa yang enak, buah-buahan tersebut sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan selain diperkaya dengan zat galian yang mampu mengubati pelbagai jenis penyakit.

Setiap buah pula mempunyai jolokan tersendiri seperti durian yang terkenal dengan rasa dan baunya sehingga digelar Raja Buah manakala rambutan terkenal dengan kemanisannya.

Namun tidak ramai yang menyedari bahawa masih banyak buah-buahan tempatan yang tumbuh di kawasan pedalaman dan hutan yang mempunyai rasa yang enak dan berkhasiat.

Di kawasan pedalaman Sarawak umpamanya, terdapat beberapa jenis buah-buahan hutan yang sering dijual di pasar seperti dabai, tisau dan sampu.


KULIT buah dabai berwarna putih ketika muda sebelum bertukar menjadi hitam apabila masak.


Buah dabai atau nama saintifiknya Canarium odontophyllum merupakan sejenis buah yang menyerupai buah kurma.

Ada juga penduduk di Bumi Kenyalang memanggil buah dabai sebagai buah zaitun Sibu kerana buah ini banyak terdapat di bahagian Sibu, Kapit dan Sarikei.

Biarpun buahnya keras bagaikan batu namun cukup popular di negeri ini dan dijual pada harga antara RM3 hingga RM30 sekilogram mengikut kualiti buah tersebut.

Bak kata orang, kalau datang ke negeri Bumi Kenyalang, tidak lengkap sekiranya tidak makan buah dabai walaupun sebiji.

Buahnya berwarna putih ketika putik dan akan bertukar kepada warna kehitaman apabila masak.

Dabai mempunyai keunikan tersendiri jika dibandingkan dengan buah lain kerana ia perlu direndam di dalam air suam terlebih dahulu sebelum dimakan kerana isinya sangat keras.

Selepas sepuluh minit barulah buah dabai boleh dimakan sama ada begitu sahaja atau dengan menggaulkannya di dalam kicap bercampur gula serta sedikit garam dan cili.

Bagi penduduk di Sarawak, mereka gemar memakan buah dabai dengan nasi yang masih panas dan dabai dijadikan sebagai ulam kerana rasanya lemak.


PELBAGAI buah dari pedalaman Sarawak belum dikenali ataupun dirasai oleh orang ramai, khususnya mereka yang menetap di Semenanjung Malaysia.


Difahamkan, buah dabai mengandungi protein, lemak dan karbohidrat.

Selain isinya yang enak, bijinya juga boleh dimakan namun terpaksa memecahkan lapisan keras terlebih dahulu sebelum mendapat bijinya yang terasa seperti kacang segar.

Di sebalik populariti buah dabai, buah tisau yang mirip buah mata kucing atau longan juga mempunyai keunikannya tersendiri kerana rasa yang sangat manis.

Wartawan Kosmo! yang bertandang ke Sarawak baru-baru ini sempat menemuramah beberapa orang guru dari semenanjung yang telah merasa buah-buahan tersebut.


ISI buah tisau ini mirip buah mata kucing.


Azuad Che Morat, 32, berkata, Sarawak mempunyai banyak buah yang tumbuh segar di hutan yang menjadi makanan penduduk selain menjadi punca rezeki mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

“Minggu pertama bertugas di sini saya sudah makan buah dabai ketika menghadiri majlis tahlil dan agak terkejut kerana buahnya tidak mempunyai apa-apa rasa sekadar lemak sahaja,” ujarnya yang telah empat tahun berkhidmat di Sarawak.

Bagi Mohd. Tamizee Mohd Alwi, 31, pula memberitahu, beliau hairan mengapa buah dabai yang tidak mempunyai rasa sama ada manis atau masam tetapi cukup popular di Sarawak.

“Pertama kali saya makan buah dabai memang tidak tertelan kerana tidak mempunyai rasa.

“Setelah beberapa kali makan baru boleh diterima itupun kalau dimakan bersama kicap dan gula,” katanya.

Sementara itu, seorang guru yang bertugas di Song, Mohd. Hairi Ali, 34, berkata, banyak buah pelik yang tidak ada di Semenanjung tetapi banyak terdapat di pedalaman Sarawak.

“Ada juga sesetengah buah yang rasanya mirip buah di Semenanjung tetapi bentuk dan warnanya berlainan seperti buah tisau dan harga buah di sini sangat murah,” kata beliau.


Xde keje,cari keje..





smlm boring gler xtau nak buat ape, so aku edit la beberapa gambar yg nak aku edit..n inilah hasilnya...