BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

April 1, 2010

Tangisan anak selamatkan dua beranak daripada rentung dalam kebakaran


sumber: borneopostonline

KUCHING: Seorang pekerja sebuah syarikat akhbar di sini berterima kasih kepada anaknya yang berusia enam tahun kerana tangisannya menyebabkan dia tersedar daripada tidur petang ketika api sedang marak membakar rumahnya semalam.Bolhassan Ramli yang bekerja sebagai pembantu stor selama hampir 30 tahun berkata tingkat atas rumahnya mengeluarkan asap tebal telah dibangunkan anak bongsunya Suhadatul Ezah.

“Saya terbangun apabila anak saya menangis menyebut ‘api, api’ dan melihat bilik tidur saya penuh dengan asap.

“Kemudian saya terus membawa anak saya dan bergegas keluar walaupun tidak berjaya menyelamatkan apa-apa kerana api sudah merebak ke seluruh tingkat atas,” katanya sambil menambah bahawa hanya dia dan anaknya sahaja di rumah pada waktu itu.

Bolhassan yang berusia 51 tahun berkata kebakaran berlaku kira-kira jam 4.15 petang.

“Kami telah hilang segalanya, kecuali kereta saya. Saya tidak tahu bagaimana api bermula dan tidak dapat mengagak berapa kerugian telah dialami,” tambahnya.

Anggota bomba daripada dua balai bergegas ke tempat kejadian iaitu di Lorong Piala 7C, Taman Sukma, Petra Jaya dan panggilan telah dibuat oleh jiran. Api berjaya dipadamkan dalam beberapa minit.

Penjaga stor berkenaan berkata dia sangat bersyukur kerana tiada yang cedera dalam insiden tersebut dan berterima kasih kepada jirannya yang menawarkan tempat tinggal sementara kepadanya.

Pihak bomba sedang menyiasat punca kebakaran tersebut.

0 comments: